Wednesday, March 9, 2011

Coretan - Perangai Manusia

Assalammualaikum...

Stop sekejap dengan entri menu harian. Hari ni ubah selera sikit dengan bercerita tentang perangai manusia di sekeliling kita. 



Aku bukan apa. Kadang-kadang aku sampai dah naik muak bila tgk perangai manusia ni (sure orang lain pun akan cakap depa pun muak dgn perangai aku, kan! ahakss....). But frankly, day to day routine bhadapan dengan manusia-manusia jenis yang "annoying" ni memang melemaskan.

Cakap je la, dekat mana yang tak ada manusia yang menjengkelkan? Di pejabat? Di panggung wayang? Di kedai makan? Di shopping complex? Sebut aje di mana pun pelosok ruang lingkup di dunia ni, pasti akan ada perangai manusia yang benar-benar boleh mencabar keimanan kita.

Aku bukan nak jadi hakim. Jauh sekali nak anggap diri aku malaikat yang tak punya cacat cela. Tapi kadang-kadang kesabaran aku pun ada tahapnya. Jangan anggap aku selalu baik dengan semua orang, aku akan telan apa saja yang orang buat pada aku tanpa tapisan.


Manusia ni ada pelbagai jenis. Ada yang jenis mengampu tak hingat punye.. Pantang tengok ada kelebihan dan kepentingan yang dia boleh dapat, mula lah pasang kipas dengan kelajuan paling maksima. Jenis ni memang selalu mendatangkan marah. Aku tak kisah pun dia nak guna kipas dinding ke, kipas satay ke, kipas helikopter ke... tapi, kalau nak "jack" orang tu bpada-pada la... Xyah nak tunjuk2... Macam nak kuar darah dr mata aku tengok manusia macam ni.

Ada jugak yang jenis, engkau sokong aku, engkau kawan aku. Engkau tak sokong aku, engkau musuh aku!  Spesis ni dalam kata nama lainnya, spesis yang jenis tak kenang budi! Pelik juga sebab bukan dia tak sedar sebenarnya ada "penyakit dalaman" pada diri orang macam ni. Bila masa dia perlukan kita, dia akan baik dengan kita. Seboleh mungkin dia nak kita ni setuju je dengan kata dia. Kalau kita angguk, dia suka. Tapi cuba sekali bila dia cakap something tapi kita geleng! Dan2 tu jugak nak masam muka dengan kita! Terus buat kita ni musuh!



Lagi satu perangai yang cukup aku menyampah kalau dapat kawan jenis Mood Swing memanjang. Kalau nak kata datang bulan, takkan semedang datang bulan kot? Orang lain datang bulan jugak, tapi tak de la nak terajang orang 30 hari dalam sebulan!!! Datang bulan ke dah memang tabiat macam tu? Ikutkan orang macam ni, pulaukan aje... biar dia duduk sorang2 takde kawan. Tgk dia leh idup ke x...


Spesis paling menjadi idaman seMalaya.... jenis bongkak tak bertempat! haaaa.... manusia jenis ni, the best creature in the world! Jenis yang perasan dia paling bagus! Apa yang dia cakap je betul... orang lain seme salah belaka! Jangan dibangkang kata dia, memang buruk la padah... Hujah berjela2... itu pun belum campur lagi ngan tak boleh kena kritik! Tapi kalau dia kritik orang memang hebat! Manusia macam ni selalunya jenis yang paling banyak kekurangan dalam diri dia. Sebab tu dia jadi macam tu sebab dia nak sembunyi kekurangan dan nak tunjukkan pada seme orang yang dia bagus! Padahal, dia je yang perasan dia bagus, orang lain dok tgk dia, pastu toleh belakang terus tahan gelak sampai naik merah muka... hehehehe...



Hmmm... rasa2nya cukup la dulu dok meluah perasaan kat blog bisu ni... Lenkali baru bukak topik lain...

~in the name of ME~


Monday, March 7, 2011

Menu - Daging Masak Halia

Assalammualaikum...
wah... aku rasa lagi setahun aku dah boleh bukukan segala resepi yang aku dah masak setakat ni.. huhuhuh... sejak En Suami duduk bersama di KL ni, tetiap ari aku akan tukar2 menu dan hujung minggu sure akan try resepi dessert baru dan yang selalu aku wat.

Ini dia resepi daging masak halia yang aku baru je buat semalam...


Bahan-bahan:
1/2 kg daging - direbus utk dapatkan stok
1 buku bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 bj cili merah - dihiris mayang
3 inci halia - dihiris mayang
Lada hitam - ditumbuk halus @ beli yg dh siap tumbuk tu
Garam

Cara-cara:
1. Rebus daging sehingga empuk. Toskan dan biarkan air stok dalam periuk
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit air stok rebusan daging untuk dapatkan sedikit kuah sementara menunggu hidangan masak.
4. Tambahkan lada hitam - ikut suka nk byk mana. 
Nota : Jgn byk sgt sbb nti berbahang badan. Leh kena cirit birit lak nti...
5. Kacau sehingga agak kering dan hidang.

Tips :
Halia tu selain dari dihiris mayang boleh juga diketuk sehingga pecah sahaja. Ada orang tak berapa suka kalau tergigit halia (aku la tu...) tp klu rasa nak lebih mesra, elok tumbuk @ kisar sekali halia dgn bawang2.


Sunday, March 6, 2011

Menu - Mihun Goreng Putih

Assalammualaikum...
Kali ni aku tempel resepi Mihun Goreng Putih lak. Aku tak pernah lagi masak style cenggini tapi sebab En Suami request mcm ni, aku pun buat je la... Dia siap kasi idea lagi suruh guna cili padi untuk dapatkan kesan pedas pada mihun goreng ni... hehehe... selama ni aku masak Mihun Goreng Merah je... tapi bukan selera dia... so, layan je laaa....


Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)
1/2 paket mihun kering - dipotong pendek dan direndam dalam air untuk melembutkan mihun
3 sudu besar bawang besar yang dikisar
2 sudu besar bawang putih yang dikisar
10 biji cili padi - dipotong kecil
Fish cake - 3 keping dipotong nipis
Kubis daun bulat - separuh sahaja
Sawi - kalau suka, aku tak letak sebab aku tak suka
Carrot - kalau suka, aku tak letak sebab En Suami kureng suka
Garam

Cara-cara:
1. Rendam mihun semalaman - atau kalau tak express, rendam dalam air panas
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi yang dipotong dan kacau sehingga sebati
4. Masukkan fish cake
5. Masukkan seme sayur dan kacau sehingga sayur sedikit layu
6. Taburkan garam
7. Masukkan mihun dan kacau sehingga masak.
8. Hidang.

Cili Kicap
1. Potong cili padi kecil2
2. Curahkan kicap masin ke dalam mangkuk dan masukkan cili
3. Perahkan sedikit air limau kasturi

Menu - Ayam Masak Paprik

Assalammualaikum...
Lagi menu simple dari aku hari ni... Sebenarnya kebanyakkan makanan2 ni aku dah lama masak. Cumanya, tak ada masa je nak paparkan di blog, so bila ada masa ni terus masukkan seme laa... hehehe... tukang masak amatur macam ni la.. baru2 nak berjinak2 cuba pelbagai jenis masakan. En Suami lak jenis yang suka makan.. tapi kena tengok gk resepi apa nak masak. Bila dah dapat kelulusan, baru leh masak..

Okay, enjoy reading and trying... Here is d menu


Bahan-bahan:
2 keping bahagian paha ayam - dipotong kecil2 dan direbus terlebih dahulu (utk dapatkan stok)
1 batang carrot - dipotong panjang
3 batang kacang panjang - dipotong kecil
3 sudu besar bawang blender
2 sudu besar cili boh
1/2 inci halia - diketuk
2 sudu besar sos tiram
limau purut

Cara-cara:
1. Tumis bawang, cili dan halia
2. Masukkan carrot dan kacang panjang
3. Masukkan ayam
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan stok ayam - ikut suka nak banyak mana
6. Masukkan daun limau purut dan biarkan seketika
7. Hidang

Menu - Siakap Kukus Halia

Assalammualaikum...
Antara masakan yang aku suka masak... ikan siakap kukus halia... sesuai utk diet... tp kalau ngan aku, bkn ikan ni je lauk sekali makan... so, xde makna la klu sebut pasal diet... dipersilakan kalau ada sesiapa yang nak mencuba... masakan org tak reti masak. benda simple-simple buleh la...





Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar
2 biji bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] dipotong mayang
1 cili merah ]
2 inci halia ]
3 sudu besar sos ikan kukus
1/2 cawan air - jgn byk sgt sbb nti minyak dari ikan keluar, kuah akn jd lg byk...
Daun sup

Cara-cara
1. Basuh ikan siakap bersih-bersih. Masukkan dalam loyang.
2. Bawang merah, bawang putih, cili dan halia yang telah dipotong ditabur ke atas ikan siakap.
3. Curahkan sos ikan kukus dan taburkan daun sup yang telah diricik halus.
4. Masukkan air.
5. Pengukus berisi air dipanaskan selama 10 minit sebelum ikan dimasukkan ke dalam pengukus.
6. Kukus ikan selama 15min atau sehingga ikan masak.
7. Hidangkan.

Wednesday, March 2, 2011

Menu - Kaki Ayam Goreng Rempah

Assalammualaikum....
Menu paling simple yang pernah aku masak. Bahan-bahan pun tak banyak.
Bahan-bahan
Kaki ayam - dibasuh bersih dan dipotong kepada 3 bahagian
Serbuk kunyit
Serbuk rempah kari
Garam

Cara-cara
1. Gaul kaki ayam dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk rempah kari
2. Panaskan minyak
3. Goreng hingga garing

Note :
Kalau nak lagi sedap, goreng sekali daun kari.

Menu - Kailan Goreng


Menu ringkas untuk yang malas nak masak hehehehe...

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
1 ikat sayur kailan - kalau nak lebih, beli lah lebih

1/2 bungkus fish ball
2 sudu besar bawang blender
2 sudu besar cili blender
@
1 buku bawang besar - dipotong mayang
1 biji cili masak - dipotong tirus/senget
3 sudu sos tiram
garam

Cara-cara
1. Potong kailan
2. Tumis bawang dan cili ke dalam kuali
3. Masukkan fish ball yang telah dipotong dua
4. Curahkan sos tiram
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Masukkan kailan. Kacau hingga masak.
7. Hidang dan sedia untuk di ngap!

Menu - Laksa Asam

Assalammualaikum...
Dah lama dok mencari resepi laksa yang sedap.. Baru je ketemu... cleaner Indon kt opis aku yg kasi resepi ni... huhuhuhu... sedap laa... tp mee laksa tu mcm plastik lak... huhuhuh... bikin mati selera laaaa....



Bahan-bahan
1 paket laksa

2 buku bawang besar ]
5 ulas bawang putih ] diblender
10 cili kering - direbus ]

10 ekor ikan Selayang (org sini kata ikan Sardin)

Asam Keping
Garam
Bunga Kantan
Daun kesum

1 batang timun
5 butir telur - direbus
Limau kasturi
Cili masak
Kubis / salad
Bawang besar - dihiris mayang


Cara-cara
1. Bawang merah, bawang putih, cili kering diblender hingga lumat
2. Ikan selayang direbus terlebih dahulu. Lepas tu, asingkan tulang dan isi ke dalam 2 mangkuk yang berlainan. Tumbuk (klu malas, blender je) isi ikan terlebih dahulu. Kemudian, keluarkan isi ikan dan blender tulang ikan lepas tu.
3. Masukkan seme bahan-bahan yang telah diblender ke dalam periuk yang cukup besar untuk kuah. Tambah air dan kacau sehingga semua sebati.
4. Masukkan buang kantan, asam keping, daun kesum dan garam secukup rasa ke dalam kuah. Kacau sehingga masak.
5. Segala bahan-bahan hiasan dipotong ikut suka.
6. Celur mee laksa sehingga cukup sifat.
7. Hidang dan boleh makan.

Monday, February 28, 2011

Menu - Mee Bandung

Assalammualaikum...
Tired with rice?
Why don't you try something new for your family... instead of eating rice, rice, rice... change it to noodle then..
Here is the solution for your weekend...




Bahan-bahan
untuk 10-15 org

2 paket mee kuning/mihun/kuey teow

3 buku bawang besar }
7 ulas bawang putih } diblender
5 sudu besar Cili Boh - klu nk lagi pedas, tambah la..
1 botol sos tomato

Fish ball
Fish cake
Ayam - dicincang kecil2   ]
Sotong - dipotong kecil2  ] rebuskan utk dapatkan stok
Daging - dicincang kecil2 ]
Telur 10 biji

Sawi
Kubis cina

Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili boh sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, sotong, fish ball, fish cake dan daging. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sos tomato dan kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan stok ayam, sotong dan daging dan kacau
5. Masukkan telur satu persatu
Nota : Sewaktu masukkan telur, jangan terus dikacau sebab takut kuning telur akan pecah.. biarkan seketika dan baru kacau perlahan-lahan
6. Masukkan sawi dan kubis. Kacau.
7. Celur mee/mihun/kuey teow.
8. Masukkan mee ke dalam mangkuk, ceduk kuah ke dalam mangkuk. Sedia utk dimakan.

Selamat Mencuba...

Menu - Ketam Masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum...
Resepi baru untuk dicuba....
(Gambar kurang memuaskan.. amik guna kamera hp cabuk...)

Bahan-bahan
4 ekor ketam

12 biji cili api
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1 keping asam gelugor
2 inci kunyit

2 cawan santan kelapa - ikut brp byk kuah yg korg nk
-OR- setengah biji kelapa

Cara-cara
1. Potong ketam dan cuci hingga bersih
2. Tumbuk kunyit, cili api, bawang merah hingga lumat
3. Masukkan serai dan titik separuh hancur
4. Masukkan bahan2 yg dh ditumbuk tadi ke dalam periuk. Kemudian masukkan ketam
5. Masukkan santan kelapa. 
Note : Kalau guna kelapa parut, blend kelapa yg dh diletakkan air panas, kemudian perah santan.
6. Masukkan asam gelugor.
7. Kacau seme bahan2 tadi sehingga masak.
8. Hidangkan dan makan...

Monday, January 10, 2011

Weekend Menu - Pedal Goreng Kicap

Assalammualaikum...
One of my hubby's favourite!!

Pedal Goreng Kicap (sorry, gambar xcantik sgt... huhuhu)


Bahan-bahan :
1 kg pedal - boleh campur hati dan jantung

1 buku bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Cili merah - dibelah 4 (jgn kasi putus)
1 buku bawang besar - dipotong bulat
Bunga lawang
Kayu manis
Bunga cengkih
Halia - dititik
Garam
Kicap - aku guna kicap Tamin

Cara-cara :
1. Rebus pedal, jantung dan hati sehingga empuk
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan bunga lawang, kayu manis, cengkih, halia
4. Masak sehingga pecah minyak
5. Masukkan kicap dan tuang sedikit air utk kuah
6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan kicap - ikut sukalah nak banyak mana... jgn sampai masin sgt dah laaa....
7. Biarkan sehingga kicap menjadi pekat sedikit dan masukkan pedal, jantung dan hati
8. Kacau hingga sebati dan masukkan cili masak dan bawang

~pRoUd To Be MySeLf~
Nashya Ariff

Weekend Menu - Telur Bungkus

Assalammualaikum...
Another menu for last weekend....
Telur Bungkus


Bahan-bahan :

2 butir telur

Daging kisar - aku guna Ramly Burger product

Sayur campur
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil sos tiram
Kacang panjang - dipotong pendek2
Halia - 1 cm - dititik
Daun limau purut

Cara-cara :
1. Tumis bawang dan cili kisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging sebati
3. Masukkan sos tiram, garam, halia dan kacang panjang
4. Masukkan sayur campur dan kacau hingga masak
5. Pecahkan telur dan masukkan sedikit garam
6. Dadarkan telur dalam kuali
7. Masukkan inti daging kisar dalam telur dadar
8. Bungkus telur dan hidangkan

Selamat Mencuba!!

~pRoUd To Be MySeLf~
Nashya Ariff

Weekend Menu - Siakap Masam Manis

Assalammualaikum...
Last weekend menu... roll the film...





Siakap Masam Manis


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap - digoreng separuh masak

2 buku bawang besar - dikisar
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
Sedikit halia - dihiris halus
sedikit air asam jawa
1 sudu kecil gula - ikut selera memasing
1 sudu kecil garam - ikut selera memasing, aku omit garam sbb dh ada sos tiram

Sayur campur
1 buku bawang besar - dihiris bulat

Cara-cara :
1. Goreng ikan dan tos minyak
2. Tumis bawang kisar dan cili kisar sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos tiram, air asam jawa, halia, gula dan garam
4. Gaul sehingga sebati, masukkan sayur campur
5. Masukkan bawang hiris dan kacau sehingga bawang layu
6. Tuangkan ke atas ikan - boleh juga masukkan ikan dalam kuali dan kacau perlahan2
7. Hiaskan dengan salad dan hidang (aku xhias pun... hehehee)

~pRoUd To Be MySeLf~
Nashya

Monday, December 20, 2010

Lunch Menu - Sup Ketam, Ikan Merah Goreng Kunyit, Cendawan Goreng Sos Tiram

Assalammualaikum

Terlalu lama aku biarkan blog ni senyap. Tidur. Hybernate. Sibuk sungguh rasanya sampai nak buka blog pun tak sempat! heheeh...

Meh sini aku tampal sket menu last weekend kat sini.

Sup Ketam





Cendawan Goreng Sos Tiram

Ikan Merah Goreng Kunyit



Tuesday, September 28, 2010

Step By Step - Tiramisu

 Ini adalah bahan2 yang diperlukan untuk membuat Tiramisu.
Swiss roll - Cream Cheese - Yogurt - Gula
oh iye! untuk resepi ni aku tambah agar2 sket untuk dimasukkan ke dalam adunan cream cheese... so dia akan jadi cam kental sket laa... huhuhuhu...


Proses seterusnya... Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati. Lepas tu masukkan yogurt lak. Bila dh hancur seme, masukkan agar2 yang telah siap dimasak tadi. Pukul lagi sampai hilang ketul2.


Sorry aku skip step yang layerkan swiss roll and cheese tadi... ini outcome bila dh siap. Ayakkan cocoa powder atau nescafe atas tiramisu. 


Ini pandangan dari tepi. Nampak x yang bawah sekali tu is swiss roll, then adunan cheese, pastu lagi 1 layer swiss roll and atas sekali adunan cheese dan cocoa powder. Simpankan dalam fridge sampai sejuk.


Tiramisu dalam keadaan yang berserah diri untuk dihadamkan ke dalam perut! Rasa sesudu dulu... kalau sedap makan kasi habis!!! hehehehehe...

Selamat Makan!!

Nashya Ariff

Tiramisu


Assalammualaikum...

Entry kali ni, Tiramisu... 
Aku terus tempel resepi kat sini lah ye... Step by step dalam entri seterusnya.... oh iye! credit to Chef Hanieliza lagi sekali untuk resepi ni... huhuhuhu....

TIRAMISU

Bahan

1 biji span kek coklat (aku guna swiss roll mocha flavor brand Tesco heheehehe...)
250 gm keju cream [philidephia] (guna Tatura pun ok gak! tapi masin lebih sket la...)
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
serbuk nescafe (aku tukar ngn cocoa powder)

Cara
1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafee sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukankan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan. 

Kalau guna kek span macam Chef Hanieliza ni mungkin akan jadi soft gitu tapi aku guna swiss roll cake, aku potong kasi tebal sket so bila potong and nak kuarkan dari bekas asal, idaklah pecah2 or lembik. Hubby siap bawak bekal ke johor lagi n masih elok condition waktu nak makan tu.... hehehehe...

Leh try test tgk cuba camna... kalau sedap ks credit ke Chef Liza ek!!

Nashya Ariff

Monday, September 27, 2010

Step By Step - Puding Roti


Okay, hari ni kita belajar step by step nak buat puding roti ye!


Memula, koyakkan roti dan rendam dalam susu segar. Aku guna susu full cream.. lagi sedap rasanya...



Bila dah rendam roti tu, bancuh pulak butter,castor sugar, telur dan corn flour. kacau kasi rata dan butter sebati ngn seme bahan lain...


Curahkan adunan tadi ke dalam loyang yang berisi roti terendam tadi. Bakar pada suhu 180 sehingga masak.

Ini pula bahan2 untuk wat sos kastad. Susu cair, custard powder and castor. Itu je sukatan dan kacau hingga gula hancur, then tutup api. Jangan kacau lama sgt nanti jadi terlebih pekat..


Here we go... Puding Roti yang telah siap dibakar.

Ini lah dia puding roti yang telah dihidangkan bersama sos kastad. Sedia untuk di-NGAP!!

Nashya Ariff



Sunday, September 26, 2010

Puding Roti

Assalammualaikum

Semalam konon2 nak pergi seme open house yang aku terima. Tapi sebab pagi2 lagi dah dok melepak kat Naluri punya la lama ditambah pula ngn jammed teruk sepanjang masa, aku hanya sempat g umah Shai ngan kakak sepupu aku je. Yang lain seme xsmpt...

Tapi dalam pada tu sempat lagi aku mengulang tayang resepi puding roti kak hanieliza utk santapan suami terchenta... hehehehe... smpi tetiba je dia tanya aku, "Yang, tak ada resepi lain ke nak buat lagi? Asik puding roti je..." HAHAHAHAAHA... mcm dah muak je... iye la bang... nanti Ayang cari resepi len ekkk....

Okay, aku tepek dulu resepi kt sini. Entry pasni aku wat step by step utk wat puding roti lak ek... dengan gmbo lagik tau... Senang sket kalau ada sesapa yang nak try wat nti...
Puding Roti (resepi Chef Hanieliza)

Bahan A
8 keping roti
500ml fresh milk

Bahan B
4 tbsp castor
2 tbsp butter
2 eggs
1 tbsp corn flour

Custard
1 tin susu cair
2 tbsp tepung custard
2 tbsp gula

Method
- Koyak roti & rendam dalam susu selama stgh jam
- Kacau & gaul rata bahan B. tuang dalam loyang
- Bakar pada suhu 180 selama 30 mins atau sehingga masak
- Gaul sos custard atas api sederhana
- Tuang ke atas puding roti semasa menghidang

Selamat mencuba....

Nashya Ariff

Friday, September 24, 2010

Weekend Plan...

Assalammualaikum...

Wahla... hujung minggu ni banyak betul undangan ke open house... macam xcaya je dalam zaman2 gawat cenggini pun masih ramai yang banyak duit nak wat open house ek? korang seme dapat bonus raya ke? hehehe... bila la agaknya company aku nak kasi gak bonus raya ni?

Weekend ni jadual aku padat. Batrishya ada appointment untuk cucuk kt Naluri. Aku pun macam nak kena jumpa Dr Zana gak pasal hal sakit puan. Lepas tu start la journey open house aku...

Jadual Hujung Minggu
1. Appointment @ Naluri
2. Open House Shai - Wangsa Maju
3. Open House Leena - Alam Damai
4. Appointment ngn kontraktor utk tgk rumah
5.Open House Aizah - Bdr Mahkota Cheras
6. Open House Emma - Petaling Jaya
7. Open House Kak Cik - Brickfield
8. Beli barang2 kuih kt Bake With Yen - Puchong

Seme tu aktiviti Sabtu... Ahad lak... aktiviti nak main masak2... hehehe... aku tgh ngidam sekarang ni nak buat trifle ngn tiramisu... so weekend ni, menu yang bakal aku try buat...

1. Puding Roti chef Hanieliza - dh banyak kali buat.. saja je nak wat lg utk hubby
2. Tiramisu - resepi chef Hanieliza
3. Trifle - resepi chef Hanieliza gaksss...
4. Tat gulung - permintaan rasmi sejak sebelum raya dr hubby tapi smpi skg ni aku xwat2 lg huhuhuhu
5. Biskut Dahlia - permintaan mak aku... dari ari senin dia dh cakap... hehehee..
6. Blueberry Cheese Cake - pun chef Hanieliza nye resepi... ngeh ngeh ngeh...
7. Walnut Brownies - hubby aku nak bawak balik JB utk open house kat sana...

Wah.... x hingat nye tamak aku nak wat seme2 ni ek... kita tgk je la jadi ke x segala menu aku ni... Xsedar diri betul aku ni... Migraine pun nak main masak2 gkss... Kalau aku tampal kt sini hasilnya, tandanya aku sempat wat la... kalau x tu... makanya... menu ini akan di forward kan ke minggu depan la eksss.... muahahahaahaha...

Nashya Ariff

Tuesday, September 21, 2010

Mee Goreng Basah ala Nashya

Assalammualaikum...

Hari Raya menjelang... Memang macam nak muntah kalau tengok rendang dan ketupat je sepanjang cuti ni... Masuk hari kedua raya je, tekak aku dah tak boleh nak terima ketupat dan rendang. Cadangnya nak buat mee bandung tapi dek kerana tak sempat, aku terpaksa batalkan plan tu... Memandangkan mee kuning dan bahan-bahan lain dah memang ada di rumah, sementelah pula emak aku ambil pakej cuti 3 hari 2 malam balik ke kampung, aku pun merajinkan diri untuk masak mee goreng basah ala aku la... hehehehe...

Mee goreng basah yang aku buat kali ni cuma basah sket je... kalau ikut yang sebenarnya aku lagi suka basah banjir tapi orang lain lak x suka. Kalau aku buat jugak ikut selera tekak aku, memang alamatnya aku yang kena telan mee goreng seperiuk tu!

Aku tau ramai yang dah pandai buat mee goreng ni tapi aku letak je lah resepi kat sini, kot-kot ada jugak hamba ALLAH yang baru nak belajar memasak, kan! hehehee...



Mee Goreng Basah Ala Nashya

2 paket mee kuning
2 buku bawang besar - blender
Segenggam cili kering - rebus dan blender kasi lumat
Fish ball - 1 paket
Fish Cake - 1 paket
Seafood - ikut suka korang nak letak apa
Ayam or daging - optional
Kicap mee goreng - brand Mahkota atau Tamin (yg ini yg aku prnh try dan sedap)

Cara-cara
1. Basuh seafood, ayam, daging dan rebus sehingga dapat stok yang agak keruh airnya. Bila dah ok, tutup api dan biarkan seketika.
2. Tumis bawang dan cili yang telah diblender tadi sehingga harum dan pecah minyak.
3. Masukkan fish cake dan fish ball yang telah dipotong ikut suka korang.
4. Masukkan seafood, ayam dan daging. Kacau sehingga seme bahan2 tadi sebati dengan cili dan bawang.
5. Masukkan mee kuning dan gaul rata. 
6. Masukkan kicap tadi mengikut sukatan yang disukai. Kalau nak lagi gelap dan masin, letaklah banyak. Tapi kalau dah letak kicap banyak, jangan letak garam banyak sangat, nanti kena darah tinggi lak!!
7. Kacau lagi hingga seme sebati dan mee disaluti kicap. Curahkan stok rebusan seafood etc tadi. Pun mengikut kadar yang korang suka. Kalau nak lagi berkuah, tuang je lah seme yang ada... Kalau x, sikit je dah cukup.
8. Masukkan sayur dan gaul sehingga daun sayur agak layu.
9. Sedia untuk dihidangkan dan dimakan sehingga licin pinggan...

Selamat Mencuba!!

Nashya Ariff