Monday, December 20, 2010

Lunch Menu - Sup Ketam, Ikan Merah Goreng Kunyit, Cendawan Goreng Sos Tiram

Assalammualaikum

Terlalu lama aku biarkan blog ni senyap. Tidur. Hybernate. Sibuk sungguh rasanya sampai nak buka blog pun tak sempat! heheeh...

Meh sini aku tampal sket menu last weekend kat sini.

Sup Ketam





Cendawan Goreng Sos Tiram

Ikan Merah Goreng Kunyit



Tuesday, September 28, 2010

Step By Step - Tiramisu

 Ini adalah bahan2 yang diperlukan untuk membuat Tiramisu.
Swiss roll - Cream Cheese - Yogurt - Gula
oh iye! untuk resepi ni aku tambah agar2 sket untuk dimasukkan ke dalam adunan cream cheese... so dia akan jadi cam kental sket laa... huhuhuhu...


Proses seterusnya... Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati. Lepas tu masukkan yogurt lak. Bila dh hancur seme, masukkan agar2 yang telah siap dimasak tadi. Pukul lagi sampai hilang ketul2.


Sorry aku skip step yang layerkan swiss roll and cheese tadi... ini outcome bila dh siap. Ayakkan cocoa powder atau nescafe atas tiramisu. 


Ini pandangan dari tepi. Nampak x yang bawah sekali tu is swiss roll, then adunan cheese, pastu lagi 1 layer swiss roll and atas sekali adunan cheese dan cocoa powder. Simpankan dalam fridge sampai sejuk.


Tiramisu dalam keadaan yang berserah diri untuk dihadamkan ke dalam perut! Rasa sesudu dulu... kalau sedap makan kasi habis!!! hehehehehe...

Selamat Makan!!

Nashya Ariff

Tiramisu


Assalammualaikum...

Entry kali ni, Tiramisu... 
Aku terus tempel resepi kat sini lah ye... Step by step dalam entri seterusnya.... oh iye! credit to Chef Hanieliza lagi sekali untuk resepi ni... huhuhuhu....

TIRAMISU

Bahan

1 biji span kek coklat (aku guna swiss roll mocha flavor brand Tesco heheehehe...)
250 gm keju cream [philidephia] (guna Tatura pun ok gak! tapi masin lebih sket la...)
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
serbuk nescafe (aku tukar ngn cocoa powder)

Cara
1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafee sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukankan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan. 

Kalau guna kek span macam Chef Hanieliza ni mungkin akan jadi soft gitu tapi aku guna swiss roll cake, aku potong kasi tebal sket so bila potong and nak kuarkan dari bekas asal, idaklah pecah2 or lembik. Hubby siap bawak bekal ke johor lagi n masih elok condition waktu nak makan tu.... hehehehe...

Leh try test tgk cuba camna... kalau sedap ks credit ke Chef Liza ek!!

Nashya Ariff

Monday, September 27, 2010

Step By Step - Puding Roti


Okay, hari ni kita belajar step by step nak buat puding roti ye!


Memula, koyakkan roti dan rendam dalam susu segar. Aku guna susu full cream.. lagi sedap rasanya...



Bila dah rendam roti tu, bancuh pulak butter,castor sugar, telur dan corn flour. kacau kasi rata dan butter sebati ngn seme bahan lain...


Curahkan adunan tadi ke dalam loyang yang berisi roti terendam tadi. Bakar pada suhu 180 sehingga masak.

Ini pula bahan2 untuk wat sos kastad. Susu cair, custard powder and castor. Itu je sukatan dan kacau hingga gula hancur, then tutup api. Jangan kacau lama sgt nanti jadi terlebih pekat..


Here we go... Puding Roti yang telah siap dibakar.

Ini lah dia puding roti yang telah dihidangkan bersama sos kastad. Sedia untuk di-NGAP!!

Nashya Ariff



Sunday, September 26, 2010

Puding Roti

Assalammualaikum

Semalam konon2 nak pergi seme open house yang aku terima. Tapi sebab pagi2 lagi dah dok melepak kat Naluri punya la lama ditambah pula ngn jammed teruk sepanjang masa, aku hanya sempat g umah Shai ngan kakak sepupu aku je. Yang lain seme xsmpt...

Tapi dalam pada tu sempat lagi aku mengulang tayang resepi puding roti kak hanieliza utk santapan suami terchenta... hehehehe... smpi tetiba je dia tanya aku, "Yang, tak ada resepi lain ke nak buat lagi? Asik puding roti je..." HAHAHAHAAHA... mcm dah muak je... iye la bang... nanti Ayang cari resepi len ekkk....

Okay, aku tepek dulu resepi kt sini. Entry pasni aku wat step by step utk wat puding roti lak ek... dengan gmbo lagik tau... Senang sket kalau ada sesapa yang nak try wat nti...
Puding Roti (resepi Chef Hanieliza)

Bahan A
8 keping roti
500ml fresh milk

Bahan B
4 tbsp castor
2 tbsp butter
2 eggs
1 tbsp corn flour

Custard
1 tin susu cair
2 tbsp tepung custard
2 tbsp gula

Method
- Koyak roti & rendam dalam susu selama stgh jam
- Kacau & gaul rata bahan B. tuang dalam loyang
- Bakar pada suhu 180 selama 30 mins atau sehingga masak
- Gaul sos custard atas api sederhana
- Tuang ke atas puding roti semasa menghidang

Selamat mencuba....

Nashya Ariff

Friday, September 24, 2010

Weekend Plan...

Assalammualaikum...

Wahla... hujung minggu ni banyak betul undangan ke open house... macam xcaya je dalam zaman2 gawat cenggini pun masih ramai yang banyak duit nak wat open house ek? korang seme dapat bonus raya ke? hehehe... bila la agaknya company aku nak kasi gak bonus raya ni?

Weekend ni jadual aku padat. Batrishya ada appointment untuk cucuk kt Naluri. Aku pun macam nak kena jumpa Dr Zana gak pasal hal sakit puan. Lepas tu start la journey open house aku...

Jadual Hujung Minggu
1. Appointment @ Naluri
2. Open House Shai - Wangsa Maju
3. Open House Leena - Alam Damai
4. Appointment ngn kontraktor utk tgk rumah
5.Open House Aizah - Bdr Mahkota Cheras
6. Open House Emma - Petaling Jaya
7. Open House Kak Cik - Brickfield
8. Beli barang2 kuih kt Bake With Yen - Puchong

Seme tu aktiviti Sabtu... Ahad lak... aktiviti nak main masak2... hehehe... aku tgh ngidam sekarang ni nak buat trifle ngn tiramisu... so weekend ni, menu yang bakal aku try buat...

1. Puding Roti chef Hanieliza - dh banyak kali buat.. saja je nak wat lg utk hubby
2. Tiramisu - resepi chef Hanieliza
3. Trifle - resepi chef Hanieliza gaksss...
4. Tat gulung - permintaan rasmi sejak sebelum raya dr hubby tapi smpi skg ni aku xwat2 lg huhuhuhu
5. Biskut Dahlia - permintaan mak aku... dari ari senin dia dh cakap... hehehee..
6. Blueberry Cheese Cake - pun chef Hanieliza nye resepi... ngeh ngeh ngeh...
7. Walnut Brownies - hubby aku nak bawak balik JB utk open house kat sana...

Wah.... x hingat nye tamak aku nak wat seme2 ni ek... kita tgk je la jadi ke x segala menu aku ni... Xsedar diri betul aku ni... Migraine pun nak main masak2 gkss... Kalau aku tampal kt sini hasilnya, tandanya aku sempat wat la... kalau x tu... makanya... menu ini akan di forward kan ke minggu depan la eksss.... muahahahaahaha...

Nashya Ariff

Tuesday, September 21, 2010

Mee Goreng Basah ala Nashya

Assalammualaikum...

Hari Raya menjelang... Memang macam nak muntah kalau tengok rendang dan ketupat je sepanjang cuti ni... Masuk hari kedua raya je, tekak aku dah tak boleh nak terima ketupat dan rendang. Cadangnya nak buat mee bandung tapi dek kerana tak sempat, aku terpaksa batalkan plan tu... Memandangkan mee kuning dan bahan-bahan lain dah memang ada di rumah, sementelah pula emak aku ambil pakej cuti 3 hari 2 malam balik ke kampung, aku pun merajinkan diri untuk masak mee goreng basah ala aku la... hehehehe...

Mee goreng basah yang aku buat kali ni cuma basah sket je... kalau ikut yang sebenarnya aku lagi suka basah banjir tapi orang lain lak x suka. Kalau aku buat jugak ikut selera tekak aku, memang alamatnya aku yang kena telan mee goreng seperiuk tu!

Aku tau ramai yang dah pandai buat mee goreng ni tapi aku letak je lah resepi kat sini, kot-kot ada jugak hamba ALLAH yang baru nak belajar memasak, kan! hehehee...



Mee Goreng Basah Ala Nashya

2 paket mee kuning
2 buku bawang besar - blender
Segenggam cili kering - rebus dan blender kasi lumat
Fish ball - 1 paket
Fish Cake - 1 paket
Seafood - ikut suka korang nak letak apa
Ayam or daging - optional
Kicap mee goreng - brand Mahkota atau Tamin (yg ini yg aku prnh try dan sedap)

Cara-cara
1. Basuh seafood, ayam, daging dan rebus sehingga dapat stok yang agak keruh airnya. Bila dah ok, tutup api dan biarkan seketika.
2. Tumis bawang dan cili yang telah diblender tadi sehingga harum dan pecah minyak.
3. Masukkan fish cake dan fish ball yang telah dipotong ikut suka korang.
4. Masukkan seafood, ayam dan daging. Kacau sehingga seme bahan2 tadi sebati dengan cili dan bawang.
5. Masukkan mee kuning dan gaul rata. 
6. Masukkan kicap tadi mengikut sukatan yang disukai. Kalau nak lagi gelap dan masin, letaklah banyak. Tapi kalau dah letak kicap banyak, jangan letak garam banyak sangat, nanti kena darah tinggi lak!!
7. Kacau lagi hingga seme sebati dan mee disaluti kicap. Curahkan stok rebusan seafood etc tadi. Pun mengikut kadar yang korang suka. Kalau nak lagi berkuah, tuang je lah seme yang ada... Kalau x, sikit je dah cukup.
8. Masukkan sayur dan gaul sehingga daun sayur agak layu.
9. Sedia untuk dihidangkan dan dimakan sehingga licin pinggan...

Selamat Mencuba!!

Nashya Ariff

Thursday, September 9, 2010

Strawberry Cheese Cake

Assalammualaikum...



Perrrgghhh!!! Finally... I managed to bake cheese cake! YES!! Guess what? It was my 1st trial and I can't help myself to just eat all the cheese cake... well... of course after gave some portion to my family... hehehe...

Here is the recipe... believe me... to bake cheese cake (well... i've never tried the steam bath method yet!) is not as hard as some people thought! The recipe is from a friend of mine. Credit to Sherina Salleh. Thanks Ina for the recipe *wink*.

150gm digestive biscuits; crushed
4-5 tbsp butter, melted
500gm cream cheese
1/4 cup sugar
2 eggs
1 tbsp vanilla
blueberry/strawberry filling (or any berry filling that u like!)

Method :
1. combined biscuits n butter n press into cake pan.chill.
2. beat cream cheese n sugar
3. add eggs n vanilla.
4. pour onto crust n bake for 20-25 mins @ 150 or 180 degree. depends on the oven.
5. Let cool completely before placing in fridge.

Happy viewing... Happy trying... Happy eating... Happy Hari Raya... hehehe...

Note : It suddenly reminds me of someone who just love cheese cake very much!!! *sigh*

Nashya Ariff

Wednesday, September 8, 2010

Hah? Dah nak raya ke?

Assalammualaikum...
Pejam celik pejam celik dah nak raya... Rasanya macam baru je semalam dok berguling2 kena gastrik sebab 1st day puasa, alih2 dah tinggal 1 hari je nak puasa lagi. Sekejapnya masa berlalu... betullah macam yang pernah aku dengar... akhir zaman nanti, dari 1 Jumaat ke 1 Jumaat lain rasa macam sehari je bezanya.. inilah buktinya... Ramadhan dah nak berlalu... Syawal bakal menjelma...

Aku rasa lah kan... beraya waktu zaman budak-budak dulu lagi meriah dan gembira berbanding sekarang ni. Zaman aku kecik-kecik dulu, kami beraya sebab memang rasa keseronokan beraya. Lebih-lebih lagi bila bertandang ke rumah jiran tetangga yang betul-betul rapat dah macam sedara mara. Duit raya tu memang tak berapa nak heran lah sebab yang penting dapat makan kuih raya dan ketupat rendang yang ada di setiap rumah. Minuman rasmi hari raya ialah sirap! hehehe... tapi memang kelas sangat lah time tu.

Dengan baju beropol-ropol atau baju kurung yang kainnya senget sebab dok asik terlondeh je, kasut pula yang ada riben dan bersangkut di bahagian belakang... tas tangan pula yang bertali halus.. Ha... itu dah cukup bergaya la... dari 1 rumah ke 1 rumah yang lain.. Kami susuri lorong rumah dengan semangat raya yang berkobar-kobar.

Itu zaman dulu... berpuluh tahun yang lalu... waktu tu, mana ada segala benda yang canggih manggih ni. Aku tak pernah kenal pun handphone, computer, lrt, dan segala benda yang dah ada di zaman serba moden ni. Astro pun tak ada... hehehehe...

Tapi sekarang, zaman dah banyak berubah. Kanak-kanak datang beraya di rumah dengan tujuan untuk kutip duit raya. Kadang-kadang tu siap cakap lagi dengan tuan rumah, xpayahlah hidang air dan makanan, sebab nak duduk sekejap je... haaaa itu diaa.... kena dengan aku, aku terus je tanya kat depan pintu, nak makan ke nak duit raya? Kalau nak duit raya, aku kasi kat depan pintu je... karang dah siap2 masuk umah, aku dah hidang makan minum, alih-alih wat derk je... x ke nyusahkan idup aku? Baik aku tanya awal2...

Budak-budak zaman sekarang ni pun aku tengok demand sangat duit raya. Macamlah kalau tak de duit raya tu tak meriah raya. Dah tu, entah dari mana ceruk rantau dia datang, yang selama ni aku tak pernah nampak batang idung kat kawasan umah aku, tetiba je muncul depan pintu, kasi salam, kata nak raya. Tanya punya tanya, dia leh kata datang dari flat sri johor!!! Peerrgghhh.... punya jauh dia datang tu.. siap dengan rombongan 8 orang kadang-kadang. Jalan kaki ramai-ramai... Punyalah tak leh nak blah... 

Well... back to citer raya aku. Tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai seorang ibu... alhamdulillah... dari zaman budak-budak, hingga ke remaja, zaman masuk universiti, ke zaman kerja, sampailah bercinta, putus cinta sampai 4,5 kali... pastu kahwin... dan sekarang ni... dah ada sorang anak dah pun.... raya tetap berjalan walau pun kemeriahan semakin menghilang...

Paling menyayat hati, tahun ni juga adalah tahun pertama aku beraya sebagai anak yatim...  Tahun pertama aku beraya tanpa salam tangan dan cium pipi abah. Tahun pertama yang aku akan ziarah pusara abah... sedihnya... rasa macam nak menangis lak sekarang ni... Raya memang tak meriah langsung tahun ni!!! Sebab abah dah xda!!!!!! 

Entahlah... aku rasa macam xmo raya je tahun ni... Rasa macam hari-hari biasa je... kalau orang datang rumah untuk beraya, aku layanlah... orang ajak datang rumah beraya, aku pergi la... tapi, pada aku, raya tahun ni dan tahun-tahun yang akan mendatang memang tak kan best lagik! SAMPAI BILA-BILA.... 

Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat buat insan-insan yang aku sayang yang telah pergi buat selama-lamanya....

Opah - Allahyarhamah Yong Halimah Pandak Mat Aris
Atuk - Allahyarham Ahmad b Hj Mohd Noor
Atuk - Allahyarham Bidin b Daim
Abah - Allahyarham Mohd Noor b Ahmad
Ayah - Allahyarham Abdul Rahman

al-Fatihah...

Friday, September 3, 2010

Cornflakes Nutella Cluster

Assalammualaikum.....

A week ahead to Hari Raya Aidilfitri... Aku semakin sibuk dengan order kuih raya yang xsiap2... Baru je malam tadi final pulun for Orange Melting Moment... alhamdulillah... tinggal 2 balang untuk Emma je lom siap, yang lain dh settle. So, this weekend every nite aku akan muntah brownies lak... ada 35 tray brownies nak kena siap by 8th Sept. termasuklah 1 biji orange cake permintaan si Mira tu...
Dalam pada sibuk siapkan order orang tu, aku selit2 jugak buat kuih untuk rumah sendiri dan untuk bawak balik ke Terengganu nanti. Projek puding aku stop sekejap lah minggu ni. Sebab dah ada plan nak buat cheese cake. Nanti aku tampal la resepi and the outcome kat blog ni ek!

So, here we go... cornflake nutella cluster. resepi ni dari Chef Asma.. aku ubah suai sikit lah...


Bahan-bahan
150gm cornflakes
50gm almond strip (bakar dl)
50gm nutella
200gm milk choc (aku omitted yg ini)
200gm dark choc (aku wat 400gm sebab dh omit milk choc)

Paper cup & White Choc secukupnya

Method
1. Cairkan choc and nutella.
2. Add in cornflakes & almond strip
3. Gaul kasi seme coklat rasa kt cornflakes
4. Scoop into paper cup
5. Drizzle dgn white choc after the cornflakes dah set

Taraaaa.... dh siap!!!
Makes around 80-90 pcs


Wednesday, September 1, 2010

Puding Kastard dan Sos Koktel

Assalammualaikum...
Aku buat puding ni last weekend sebab hubby nak puding yang berkuah. Habis licin kena makan dengan semua orang. Kuah banyak lebih sebab guna 1 tin fruit cocktail tapi puding kastard dapat sikit je. So moralnya, lenkali kalau nak buat puding ni, better buat 2 adunan untuk puding. Kalau nak suka manis sangat, xyah letak gula dalam kuah sebab original fruit cocktail tu tak memang manis. But the custard pudding is tasteless. And it meant to be that way... 

Here is the recipe. It is originally from Kak Wan Baya. Feel free to try and make it for your family. Happy trying!

Bahan2 untuk kuah
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 tbsp esen vanilla (aku tak letak pun)
1 tbsp tepung kastard, larutkan dalam air (tujuan adalah utk memekatkan kuah, xmasuk pn xpe)

Cara
1. campurkan seme bahan dan masak atas api perlahan. bila gula dah hancur, tutup api. masukkan dlm fridge.

Utk custard
1 cwn tepung custard
5 cwn air
1 tbsp gula

Cara
1. campur seme bahan dan masak atas api hingga jadi pekat dan likat. kaler kuning cair akan bertukar jd kuning lutsinar. bl dh masak, masukkan dalam bekas2 kecil dan sejukkan dalam fridge. bl nak makan, masukkan puding dalam kuah..


Introduction to Puddings Making...

Assalammualaikum...

Dalam sibuk mem-baking kuih raya, aku tetap amik kesempatan untuk asah bakat buat puding untuk family. Dok sibuklah cari resepi puding dalam internet dan cuba buat. Sebenarnya hubby yang suka sangat makan puding ni. Itu yang dok gagah gak nak buat walaupun sibuk melayan Batrishya. So, nanti aku akan tempelkan resepi dan gambar-gambar puding yang aku dah buat kat sini.

Friday, April 16, 2010

Jelitawan RG KIC

Assalammualaikum...
Dah lama tak enter the frame... arini ada makan-makan event kt Level 11... Ini sebahagian dr gambar2 yang telah di touch up...


Eh, eh.... camna muka si Ayip ada masuk lak dalam ni ek? hehehehehe.... tersesat lak...