Tuesday, January 20, 2009

Lelaki....

Assalammualaikum,

Aku belum pernah menemukan, halusnya naluri seorang lelaki. Lembutnya perasaan insan yang egonya setinggi langit yang ketujuh itu. Aku juga belum pernah merasa, cemburu menguasai diri. Tatkala berdampingan dengan khalifah Bumi ciptaan Yang Esa ini, belum sekelumit pun aku merasa bimbang akan rakusan tangan-tangan kaum sejenisku menarik diri si lelaki pergi dari diriku.

Belum pernah lagi, tidur malamku terganggu, belum pernah lagi siang hariku menjemput risau dan gelisah... Sungguh aku merasa bebas, kerana aku tidak terbeban dengan rasa ketakutan pada sebuah kehilangan...

Namun aku akui, lewat detik-detik ini... aku sering merasa memerlukan seseorang. Terlalu memerlukan! Kata orang, hidup adalah untuk saling lengkap melengkapi. Ternyata, keinginan untuk melengkapi hidupku itu membuatkan aku menjadi pemaksa!

Aku sudah mula belajar erti bimbang. Aku sudah mula merasa tempias mahu mengongkong. Entah mengapa, semakin hari aku semakin takut akan hakikat sebuah kehilangan.

Mujur jua - engkau - seorang yang bergelar lelaki... lantas memeluk dan menenangkan aku. Engkau menanam kata-kata semangat dan luahan cinta yang sentiasa berlarutan dan tidak pernah kering. Walau ku tahu, kadang kala riak ketidaksenangan terpancar di wajah dan hatimu, namun sebagai lelaki, engkau sentiasa menyokongku.

Maafkan aku, lelaki...
Lewat karenahku menginginkan perhatian dan kasih sayang darimu. Aku tahu kau mencintaiku. Tetapi naluri kewanitaan yang sentiasa mendambakan belaian dan manjaan darimu membuatkan aku menjadi begitu.

Lelakiku,
Detik air mata lelakimu mengalir lesu membasahkan pipimu itu, segala perasaan bercampur baur mengocak di dalam hatiku. Runtuh dan luluh tembok cemburuku.... kerana aku tahu, hanya namaku yang terukir di tugu hatimu... Hancur kesangsian di hatiku, kerana aku sedar cintamu utuh untukku...

Senyumlah sayang...
Kerana lantaran air mata lelakimu itulah, aku kini sudah mula belajar. Berkongsi tidak bermakna memiliki sepenuhnya. Mencintai tidak bermakna bisa mengongkong. Kita masih perlu ruang kosong untuk mengisi rahsia milik hidup kita, walau di antara kita sudah berikrar segala susah dan senang harus dikongsi bersama.

Lelakiku,
Masa dan ketika akan menentukan... Jambatan pertalian ini akan menuju ke penghujungnya. Di sana nanti, akan tersergam mahligai bahagia kita berdua, untuk menempuh kehidupan yang lebih bermakna...

Lelakiku,
Terima kasih kerana...
Engkau bukan sahaja hanya mengatakan
Tetapi engkau juga mengotakan
Kesetiaan dan pengorbanan
Yang engkau pahatkan dalam ikatan ini

Terima kasih
Kerana menerima aku seadanya
Dan mencintai aku kembali seadanya....

Nashya Ariff
Ward 515
Ampang Putri

Sunday, January 11, 2009

Kesakitan yang menjadi penawar...

Assalammualaikum

Hari ini, genap empat hari empat malam aku berapa di Ampang Putri. tidak menghadirkan diri selama empat hari bermula dari selasa (060109) ke pejabat, aku membuka lembaran Januari 2009 dengan calitan penderitaan. sejarah 2003 berulang apabila aku - sekali lagi - menempatkan diriku di sebuah bangunan besar seperti penjara yang dinamakan HOSPITAL.

bezanya, tahun 2003 melakar sejarah apabila buat pertama kalinya tanggal 18hb Januari aku memberanikan diri menjadi penghuni Gleneagles Hospital dengan mengambil pakej 3hari 2malam kerana pembedahan apendik. tahun 2009 ini pula, sekali lagi aku berada di hospital kerana slipped disc.

segala2nya bermula pd tahun 2000 apabila aku terjatuh sewaktu mahu ke pasar malam di zaman belajar. baru tahun lepas aku rasa sakit di bahagian pinggang sehingga ke hujung kaki sehingga tidak boleh bergerak.

dek kerana terlalu takutkan hospital, aku hanya menahan kesakitan yang seperti mahu mencabut nyawa ini. minggu lalu, tatkala umat di seluruh dunia menyambut kehadiran tahun baru dengan penuh kegembiraan, aku menahan keperitan dan kesakitan di tulang belakang.

di atas desakan rakan sekerja, aku terpaksa memaksa diriku untuk ke Ampang Putri pada 060109 mengambil imbasan x-ray. segala2nya hanyalah untuk memuaskan hati semua pihak dan membuktikan bahawa sakit aku ini tidaklah serius seperti yang digembar-gemburkan.

ternyata telahan aku meleset apabila x-ray membuktikan ada 'kerosakan' di bahagian tulang punggungku. rasa nak menangis pun ada bila Medical Officer cakap yang aku terpaksa buat appointment dengan pakar orthopedic sebab keadaan tulang belakang aku agak serius. aduh!! nak terjelepok aku dibuatnya!

petang tu aku balik dengan perasaan kosong. bimbang dengan appointment esoknya 070109 dan keliru dengan keputusan yang telah dan akan aku ambil, membuatkan aku jadi tak keruan. malamnya tidurku tak lena. pertama kerana kesakitan dan kedua kerana takut!

070109 - appointment yang sepatutnya pukul 10 menjadi ke pukul 11.30 kerana aku orang yang kelima dan doktor pula terpaksa masuk OT sebab ada emergency surgery. bila tiba giliran aku masuk ke bilik doktor, aku dah menggigil sebab takut. dah lah muka doktor tu garang, aku pula sakit, macam2 hal bermain di kepala aku!

bincang punya bincang, periksa punya periksa, doktor cakap aku kena buat MRI scan dan physiotherapy. bermakna, aku kena masuk hospital! aku terima berita tu dengan hati yang terbuka sebab sejak aku melangkah masuk ke klinik pakar tu, aku dah agak yang aku mesti kena admitted.

aku tak masuk hospital hari yang sama sebab tak ada katil kosong. jadi, hari tu aku balik ke rumah. 080109, pihak Ampang Putri telefon beritahu aku dah boleh masuk hospital. siap-siap, dalam pukul 10 pagi abah dan mak hantar aku ke hospital.

masuk saja ward, abah dan mak balik, aku terus pergi physiotherapy. hampir sejam kat sana, aku balik ke bilik. datang lagi sorang nurse bawak aku pergi buat MRI scan. setengah jam di dalam "terowong maut" - bak kata sesetengah orang - menginsafkan aku. betullah orang cakap, bila kita disorong masuk ke dalam terowong putih sempit tu, kita akan dapat rasa seolah-olah memasuki liang lahad. sempit, sunyi, menakutkan... segala-galanya bercampur baur di dalam hati aku.

dan di sini lah aku berada. sakit yang masih bersisa, dan keputusan MRI yang sememangnya tidak memuaskan, entah bila aku akan keluar. kata doktor, kecederaan aku agak serius. Washer (tulang rawan) yang berada di antara dua tulang di punggung aku sudah terkeluar dari landasan yang sepatutnya ia berada. apabila kedudukan dah tak betul, bila aku bergerak terlalu kuat dan mengangkat barang2 berat, washer tu akan menghimpit saraf yang berhampiran. dan, berat badan yang berlebihan juga menjadi salah satu faktor yang memburukkan lagi keadaan aku.

insyaALLAH, kalau semuanya semakin elok esok, aku akan keluar dari ward 515, Ampang Putri ni dan berehat di rumah. thanks for all the prayers from my colleagues, my beloved families and friends....

kadang kala, kesakitan juga boleh menjadi penawar. penawar kepada hati yang merasakan tiada sesiapa di dunia ini yang menyayangi kita, tetapi apabila kita berada di dalam kesakitan dan penderitaan, rupa2nya ada tangan yang menghulur bantuan dan ada hati yang turut sama menangis.

kesakitan adalah satu pilihan. sama ada kita menerimanya secara positif atau negatif. dalam dunia ini, tiada apa yang boleh kita banggakan selain dari mempunyai orang-orang di sekeliling kita yang sanggup mengharungi susah dan senang bersama.

bersyukurlah, andai satu hari nanti, apabila kita merasakan diri kita berada di dalam kesakitan, namun kita masih mampu lagi tersenyum kerana ada bahu yang sudi menggalas tangisan kita...

dari Ward 515, Ampang Putri
Nashya Ariff

Sunday, January 4, 2009

Selamat Tinggal 2008, Salam Perkenalan 2009

Assalammualaikum

Terasa sekejap je tahun sudah beralih musim. rasanya mcm msh belum puas mengumpul kenangan di thn 2008, alih2 2009 dah menjelma. usia semakin bertambah (padahal aku baru je smbut birthday bulan october lepas! hmmm), hutang makin bertambah, gaji je x tambah2... alahai... nasib badan!!

semua orang sibuk dengan azam tahun baru. sementelah pulak thn baru masihi ngn hijrah hanya berbeza 2 ari je. aku pun sbnrnya sibuk gk dok berkira-kira ngn azam thn baru aku. tp thn ni aku x kecoh2 mcm sblm2nya. azam tu hanya aku smpn dlm hati... hehehee... dlm diary sbnrnya!

Moga2 2009 akn menghadiahkan aku segala yg aku impikan. moga2 segala azam aku akan terlaksana. moga2 segala kekurangan yang tlh terjadi dalam 2008 xkn berulang lg di 2009. tahun baru, azam baru, dosa baru, pahala baru.... aku nk jd aku yang baru!

Ahlan wa sahlan 2009....

Detik 4.15pm
Kamar sempit