Showing posts with label Pudding. Show all posts
Showing posts with label Pudding. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Step By Step - Puding Roti


Okay, hari ni kita belajar step by step nak buat puding roti ye!


Memula, koyakkan roti dan rendam dalam susu segar. Aku guna susu full cream.. lagi sedap rasanya...



Bila dah rendam roti tu, bancuh pulak butter,castor sugar, telur dan corn flour. kacau kasi rata dan butter sebati ngn seme bahan lain...


Curahkan adunan tadi ke dalam loyang yang berisi roti terendam tadi. Bakar pada suhu 180 sehingga masak.

Ini pula bahan2 untuk wat sos kastad. Susu cair, custard powder and castor. Itu je sukatan dan kacau hingga gula hancur, then tutup api. Jangan kacau lama sgt nanti jadi terlebih pekat..


Here we go... Puding Roti yang telah siap dibakar.

Ini lah dia puding roti yang telah dihidangkan bersama sos kastad. Sedia untuk di-NGAP!!

Nashya Ariff



Sunday, September 26, 2010

Puding Roti

Assalammualaikum

Semalam konon2 nak pergi seme open house yang aku terima. Tapi sebab pagi2 lagi dah dok melepak kat Naluri punya la lama ditambah pula ngn jammed teruk sepanjang masa, aku hanya sempat g umah Shai ngan kakak sepupu aku je. Yang lain seme xsmpt...

Tapi dalam pada tu sempat lagi aku mengulang tayang resepi puding roti kak hanieliza utk santapan suami terchenta... hehehehe... smpi tetiba je dia tanya aku, "Yang, tak ada resepi lain ke nak buat lagi? Asik puding roti je..." HAHAHAHAAHA... mcm dah muak je... iye la bang... nanti Ayang cari resepi len ekkk....

Okay, aku tepek dulu resepi kt sini. Entry pasni aku wat step by step utk wat puding roti lak ek... dengan gmbo lagik tau... Senang sket kalau ada sesapa yang nak try wat nti...
Puding Roti (resepi Chef Hanieliza)

Bahan A
8 keping roti
500ml fresh milk

Bahan B
4 tbsp castor
2 tbsp butter
2 eggs
1 tbsp corn flour

Custard
1 tin susu cair
2 tbsp tepung custard
2 tbsp gula

Method
- Koyak roti & rendam dalam susu selama stgh jam
- Kacau & gaul rata bahan B. tuang dalam loyang
- Bakar pada suhu 180 selama 30 mins atau sehingga masak
- Gaul sos custard atas api sederhana
- Tuang ke atas puding roti semasa menghidang

Selamat mencuba....

Nashya Ariff

Wednesday, September 1, 2010

Puding Kastard dan Sos Koktel

Assalammualaikum...
Aku buat puding ni last weekend sebab hubby nak puding yang berkuah. Habis licin kena makan dengan semua orang. Kuah banyak lebih sebab guna 1 tin fruit cocktail tapi puding kastard dapat sikit je. So moralnya, lenkali kalau nak buat puding ni, better buat 2 adunan untuk puding. Kalau nak suka manis sangat, xyah letak gula dalam kuah sebab original fruit cocktail tu tak memang manis. But the custard pudding is tasteless. And it meant to be that way... 

Here is the recipe. It is originally from Kak Wan Baya. Feel free to try and make it for your family. Happy trying!

Bahan2 untuk kuah
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 tbsp esen vanilla (aku tak letak pun)
1 tbsp tepung kastard, larutkan dalam air (tujuan adalah utk memekatkan kuah, xmasuk pn xpe)

Cara
1. campurkan seme bahan dan masak atas api perlahan. bila gula dah hancur, tutup api. masukkan dlm fridge.

Utk custard
1 cwn tepung custard
5 cwn air
1 tbsp gula

Cara
1. campur seme bahan dan masak atas api hingga jadi pekat dan likat. kaler kuning cair akan bertukar jd kuning lutsinar. bl dh masak, masukkan dalam bekas2 kecil dan sejukkan dalam fridge. bl nak makan, masukkan puding dalam kuah..


Introduction to Puddings Making...

Assalammualaikum...

Dalam sibuk mem-baking kuih raya, aku tetap amik kesempatan untuk asah bakat buat puding untuk family. Dok sibuklah cari resepi puding dalam internet dan cuba buat. Sebenarnya hubby yang suka sangat makan puding ni. Itu yang dok gagah gak nak buat walaupun sibuk melayan Batrishya. So, nanti aku akan tempelkan resepi dan gambar-gambar puding yang aku dah buat kat sini.