Monday, March 7, 2011

Menu - Daging Masak Halia

Assalammualaikum...
wah... aku rasa lagi setahun aku dah boleh bukukan segala resepi yang aku dah masak setakat ni.. huhuhuh... sejak En Suami duduk bersama di KL ni, tetiap ari aku akan tukar2 menu dan hujung minggu sure akan try resepi dessert baru dan yang selalu aku wat.

Ini dia resepi daging masak halia yang aku baru je buat semalam...


Bahan-bahan:
1/2 kg daging - direbus utk dapatkan stok
1 buku bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 bj cili merah - dihiris mayang
3 inci halia - dihiris mayang
Lada hitam - ditumbuk halus @ beli yg dh siap tumbuk tu
Garam

Cara-cara:
1. Rebus daging sehingga empuk. Toskan dan biarkan air stok dalam periuk
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit air stok rebusan daging untuk dapatkan sedikit kuah sementara menunggu hidangan masak.
4. Tambahkan lada hitam - ikut suka nk byk mana. 
Nota : Jgn byk sgt sbb nti berbahang badan. Leh kena cirit birit lak nti...
5. Kacau sehingga agak kering dan hidang.

Tips :
Halia tu selain dari dihiris mayang boleh juga diketuk sehingga pecah sahaja. Ada orang tak berapa suka kalau tergigit halia (aku la tu...) tp klu rasa nak lebih mesra, elok tumbuk @ kisar sekali halia dgn bawang2.


No comments: