Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Menu - Mee Bandung

Assalammualaikum...
Tired with rice?
Why don't you try something new for your family... instead of eating rice, rice, rice... change it to noodle then..
Here is the solution for your weekend...




Bahan-bahan
untuk 10-15 org

2 paket mee kuning/mihun/kuey teow

3 buku bawang besar }
7 ulas bawang putih } diblender
5 sudu besar Cili Boh - klu nk lagi pedas, tambah la..
1 botol sos tomato

Fish ball
Fish cake
Ayam - dicincang kecil2   ]
Sotong - dipotong kecil2  ] rebuskan utk dapatkan stok
Daging - dicincang kecil2 ]
Telur 10 biji

Sawi
Kubis cina

Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili boh sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, sotong, fish ball, fish cake dan daging. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sos tomato dan kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan stok ayam, sotong dan daging dan kacau
5. Masukkan telur satu persatu
Nota : Sewaktu masukkan telur, jangan terus dikacau sebab takut kuning telur akan pecah.. biarkan seketika dan baru kacau perlahan-lahan
6. Masukkan sawi dan kubis. Kacau.
7. Celur mee/mihun/kuey teow.
8. Masukkan mee ke dalam mangkuk, ceduk kuah ke dalam mangkuk. Sedia utk dimakan.

Selamat Mencuba...

Tuesday, September 21, 2010

Mee Goreng Basah ala Nashya

Assalammualaikum...

Hari Raya menjelang... Memang macam nak muntah kalau tengok rendang dan ketupat je sepanjang cuti ni... Masuk hari kedua raya je, tekak aku dah tak boleh nak terima ketupat dan rendang. Cadangnya nak buat mee bandung tapi dek kerana tak sempat, aku terpaksa batalkan plan tu... Memandangkan mee kuning dan bahan-bahan lain dah memang ada di rumah, sementelah pula emak aku ambil pakej cuti 3 hari 2 malam balik ke kampung, aku pun merajinkan diri untuk masak mee goreng basah ala aku la... hehehehe...

Mee goreng basah yang aku buat kali ni cuma basah sket je... kalau ikut yang sebenarnya aku lagi suka basah banjir tapi orang lain lak x suka. Kalau aku buat jugak ikut selera tekak aku, memang alamatnya aku yang kena telan mee goreng seperiuk tu!

Aku tau ramai yang dah pandai buat mee goreng ni tapi aku letak je lah resepi kat sini, kot-kot ada jugak hamba ALLAH yang baru nak belajar memasak, kan! hehehee...



Mee Goreng Basah Ala Nashya

2 paket mee kuning
2 buku bawang besar - blender
Segenggam cili kering - rebus dan blender kasi lumat
Fish ball - 1 paket
Fish Cake - 1 paket
Seafood - ikut suka korang nak letak apa
Ayam or daging - optional
Kicap mee goreng - brand Mahkota atau Tamin (yg ini yg aku prnh try dan sedap)

Cara-cara
1. Basuh seafood, ayam, daging dan rebus sehingga dapat stok yang agak keruh airnya. Bila dah ok, tutup api dan biarkan seketika.
2. Tumis bawang dan cili yang telah diblender tadi sehingga harum dan pecah minyak.
3. Masukkan fish cake dan fish ball yang telah dipotong ikut suka korang.
4. Masukkan seafood, ayam dan daging. Kacau sehingga seme bahan2 tadi sebati dengan cili dan bawang.
5. Masukkan mee kuning dan gaul rata. 
6. Masukkan kicap tadi mengikut sukatan yang disukai. Kalau nak lagi gelap dan masin, letaklah banyak. Tapi kalau dah letak kicap banyak, jangan letak garam banyak sangat, nanti kena darah tinggi lak!!
7. Kacau lagi hingga seme sebati dan mee disaluti kicap. Curahkan stok rebusan seafood etc tadi. Pun mengikut kadar yang korang suka. Kalau nak lagi berkuah, tuang je lah seme yang ada... Kalau x, sikit je dah cukup.
8. Masukkan sayur dan gaul sehingga daun sayur agak layu.
9. Sedia untuk dihidangkan dan dimakan sehingga licin pinggan...

Selamat Mencuba!!

Nashya Ariff