Wednesday, March 9, 2011

Coretan - Perangai Manusia

Assalammualaikum...

Stop sekejap dengan entri menu harian. Hari ni ubah selera sikit dengan bercerita tentang perangai manusia di sekeliling kita. 



Aku bukan apa. Kadang-kadang aku sampai dah naik muak bila tgk perangai manusia ni (sure orang lain pun akan cakap depa pun muak dgn perangai aku, kan! ahakss....). But frankly, day to day routine bhadapan dengan manusia-manusia jenis yang "annoying" ni memang melemaskan.

Cakap je la, dekat mana yang tak ada manusia yang menjengkelkan? Di pejabat? Di panggung wayang? Di kedai makan? Di shopping complex? Sebut aje di mana pun pelosok ruang lingkup di dunia ni, pasti akan ada perangai manusia yang benar-benar boleh mencabar keimanan kita.

Aku bukan nak jadi hakim. Jauh sekali nak anggap diri aku malaikat yang tak punya cacat cela. Tapi kadang-kadang kesabaran aku pun ada tahapnya. Jangan anggap aku selalu baik dengan semua orang, aku akan telan apa saja yang orang buat pada aku tanpa tapisan.


Manusia ni ada pelbagai jenis. Ada yang jenis mengampu tak hingat punye.. Pantang tengok ada kelebihan dan kepentingan yang dia boleh dapat, mula lah pasang kipas dengan kelajuan paling maksima. Jenis ni memang selalu mendatangkan marah. Aku tak kisah pun dia nak guna kipas dinding ke, kipas satay ke, kipas helikopter ke... tapi, kalau nak "jack" orang tu bpada-pada la... Xyah nak tunjuk2... Macam nak kuar darah dr mata aku tengok manusia macam ni.

Ada jugak yang jenis, engkau sokong aku, engkau kawan aku. Engkau tak sokong aku, engkau musuh aku!  Spesis ni dalam kata nama lainnya, spesis yang jenis tak kenang budi! Pelik juga sebab bukan dia tak sedar sebenarnya ada "penyakit dalaman" pada diri orang macam ni. Bila masa dia perlukan kita, dia akan baik dengan kita. Seboleh mungkin dia nak kita ni setuju je dengan kata dia. Kalau kita angguk, dia suka. Tapi cuba sekali bila dia cakap something tapi kita geleng! Dan2 tu jugak nak masam muka dengan kita! Terus buat kita ni musuh!



Lagi satu perangai yang cukup aku menyampah kalau dapat kawan jenis Mood Swing memanjang. Kalau nak kata datang bulan, takkan semedang datang bulan kot? Orang lain datang bulan jugak, tapi tak de la nak terajang orang 30 hari dalam sebulan!!! Datang bulan ke dah memang tabiat macam tu? Ikutkan orang macam ni, pulaukan aje... biar dia duduk sorang2 takde kawan. Tgk dia leh idup ke x...


Spesis paling menjadi idaman seMalaya.... jenis bongkak tak bertempat! haaaa.... manusia jenis ni, the best creature in the world! Jenis yang perasan dia paling bagus! Apa yang dia cakap je betul... orang lain seme salah belaka! Jangan dibangkang kata dia, memang buruk la padah... Hujah berjela2... itu pun belum campur lagi ngan tak boleh kena kritik! Tapi kalau dia kritik orang memang hebat! Manusia macam ni selalunya jenis yang paling banyak kekurangan dalam diri dia. Sebab tu dia jadi macam tu sebab dia nak sembunyi kekurangan dan nak tunjukkan pada seme orang yang dia bagus! Padahal, dia je yang perasan dia bagus, orang lain dok tgk dia, pastu toleh belakang terus tahan gelak sampai naik merah muka... hehehehe...



Hmmm... rasa2nya cukup la dulu dok meluah perasaan kat blog bisu ni... Lenkali baru bukak topik lain...

~in the name of ME~


Monday, March 7, 2011

Menu - Daging Masak Halia

Assalammualaikum...
wah... aku rasa lagi setahun aku dah boleh bukukan segala resepi yang aku dah masak setakat ni.. huhuhuh... sejak En Suami duduk bersama di KL ni, tetiap ari aku akan tukar2 menu dan hujung minggu sure akan try resepi dessert baru dan yang selalu aku wat.

Ini dia resepi daging masak halia yang aku baru je buat semalam...


Bahan-bahan:
1/2 kg daging - direbus utk dapatkan stok
1 buku bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 bj cili merah - dihiris mayang
3 inci halia - dihiris mayang
Lada hitam - ditumbuk halus @ beli yg dh siap tumbuk tu
Garam

Cara-cara:
1. Rebus daging sehingga empuk. Toskan dan biarkan air stok dalam periuk
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit air stok rebusan daging untuk dapatkan sedikit kuah sementara menunggu hidangan masak.
4. Tambahkan lada hitam - ikut suka nk byk mana. 
Nota : Jgn byk sgt sbb nti berbahang badan. Leh kena cirit birit lak nti...
5. Kacau sehingga agak kering dan hidang.

Tips :
Halia tu selain dari dihiris mayang boleh juga diketuk sehingga pecah sahaja. Ada orang tak berapa suka kalau tergigit halia (aku la tu...) tp klu rasa nak lebih mesra, elok tumbuk @ kisar sekali halia dgn bawang2.