Wednesday, September 8, 2010

Hah? Dah nak raya ke?

Assalammualaikum...
Pejam celik pejam celik dah nak raya... Rasanya macam baru je semalam dok berguling2 kena gastrik sebab 1st day puasa, alih2 dah tinggal 1 hari je nak puasa lagi. Sekejapnya masa berlalu... betullah macam yang pernah aku dengar... akhir zaman nanti, dari 1 Jumaat ke 1 Jumaat lain rasa macam sehari je bezanya.. inilah buktinya... Ramadhan dah nak berlalu... Syawal bakal menjelma...

Aku rasa lah kan... beraya waktu zaman budak-budak dulu lagi meriah dan gembira berbanding sekarang ni. Zaman aku kecik-kecik dulu, kami beraya sebab memang rasa keseronokan beraya. Lebih-lebih lagi bila bertandang ke rumah jiran tetangga yang betul-betul rapat dah macam sedara mara. Duit raya tu memang tak berapa nak heran lah sebab yang penting dapat makan kuih raya dan ketupat rendang yang ada di setiap rumah. Minuman rasmi hari raya ialah sirap! hehehe... tapi memang kelas sangat lah time tu.

Dengan baju beropol-ropol atau baju kurung yang kainnya senget sebab dok asik terlondeh je, kasut pula yang ada riben dan bersangkut di bahagian belakang... tas tangan pula yang bertali halus.. Ha... itu dah cukup bergaya la... dari 1 rumah ke 1 rumah yang lain.. Kami susuri lorong rumah dengan semangat raya yang berkobar-kobar.

Itu zaman dulu... berpuluh tahun yang lalu... waktu tu, mana ada segala benda yang canggih manggih ni. Aku tak pernah kenal pun handphone, computer, lrt, dan segala benda yang dah ada di zaman serba moden ni. Astro pun tak ada... hehehehe...

Tapi sekarang, zaman dah banyak berubah. Kanak-kanak datang beraya di rumah dengan tujuan untuk kutip duit raya. Kadang-kadang tu siap cakap lagi dengan tuan rumah, xpayahlah hidang air dan makanan, sebab nak duduk sekejap je... haaaa itu diaa.... kena dengan aku, aku terus je tanya kat depan pintu, nak makan ke nak duit raya? Kalau nak duit raya, aku kasi kat depan pintu je... karang dah siap2 masuk umah, aku dah hidang makan minum, alih-alih wat derk je... x ke nyusahkan idup aku? Baik aku tanya awal2...

Budak-budak zaman sekarang ni pun aku tengok demand sangat duit raya. Macamlah kalau tak de duit raya tu tak meriah raya. Dah tu, entah dari mana ceruk rantau dia datang, yang selama ni aku tak pernah nampak batang idung kat kawasan umah aku, tetiba je muncul depan pintu, kasi salam, kata nak raya. Tanya punya tanya, dia leh kata datang dari flat sri johor!!! Peerrgghhh.... punya jauh dia datang tu.. siap dengan rombongan 8 orang kadang-kadang. Jalan kaki ramai-ramai... Punyalah tak leh nak blah... 

Well... back to citer raya aku. Tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai seorang ibu... alhamdulillah... dari zaman budak-budak, hingga ke remaja, zaman masuk universiti, ke zaman kerja, sampailah bercinta, putus cinta sampai 4,5 kali... pastu kahwin... dan sekarang ni... dah ada sorang anak dah pun.... raya tetap berjalan walau pun kemeriahan semakin menghilang...

Paling menyayat hati, tahun ni juga adalah tahun pertama aku beraya sebagai anak yatim...  Tahun pertama aku beraya tanpa salam tangan dan cium pipi abah. Tahun pertama yang aku akan ziarah pusara abah... sedihnya... rasa macam nak menangis lak sekarang ni... Raya memang tak meriah langsung tahun ni!!! Sebab abah dah xda!!!!!! 

Entahlah... aku rasa macam xmo raya je tahun ni... Rasa macam hari-hari biasa je... kalau orang datang rumah untuk beraya, aku layanlah... orang ajak datang rumah beraya, aku pergi la... tapi, pada aku, raya tahun ni dan tahun-tahun yang akan mendatang memang tak kan best lagik! SAMPAI BILA-BILA.... 

Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat buat insan-insan yang aku sayang yang telah pergi buat selama-lamanya....

Opah - Allahyarhamah Yong Halimah Pandak Mat Aris
Atuk - Allahyarham Ahmad b Hj Mohd Noor
Atuk - Allahyarham Bidin b Daim
Abah - Allahyarham Mohd Noor b Ahmad
Ayah - Allahyarham Abdul Rahman

al-Fatihah...

No comments: