Sunday, March 6, 2011

Menu - Mihun Goreng Putih

Assalammualaikum...
Kali ni aku tempel resepi Mihun Goreng Putih lak. Aku tak pernah lagi masak style cenggini tapi sebab En Suami request mcm ni, aku pun buat je la... Dia siap kasi idea lagi suruh guna cili padi untuk dapatkan kesan pedas pada mihun goreng ni... hehehe... selama ni aku masak Mihun Goreng Merah je... tapi bukan selera dia... so, layan je laaa....


Bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)
1/2 paket mihun kering - dipotong pendek dan direndam dalam air untuk melembutkan mihun
3 sudu besar bawang besar yang dikisar
2 sudu besar bawang putih yang dikisar
10 biji cili padi - dipotong kecil
Fish cake - 3 keping dipotong nipis
Kubis daun bulat - separuh sahaja
Sawi - kalau suka, aku tak letak sebab aku tak suka
Carrot - kalau suka, aku tak letak sebab En Suami kureng suka
Garam

Cara-cara:
1. Rendam mihun semalaman - atau kalau tak express, rendam dalam air panas
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi yang dipotong dan kacau sehingga sebati
4. Masukkan fish cake
5. Masukkan seme sayur dan kacau sehingga sayur sedikit layu
6. Taburkan garam
7. Masukkan mihun dan kacau sehingga masak.
8. Hidang.

Cili Kicap
1. Potong cili padi kecil2
2. Curahkan kicap masin ke dalam mangkuk dan masukkan cili
3. Perahkan sedikit air limau kasturi

Menu - Ayam Masak Paprik

Assalammualaikum...
Lagi menu simple dari aku hari ni... Sebenarnya kebanyakkan makanan2 ni aku dah lama masak. Cumanya, tak ada masa je nak paparkan di blog, so bila ada masa ni terus masukkan seme laa... hehehe... tukang masak amatur macam ni la.. baru2 nak berjinak2 cuba pelbagai jenis masakan. En Suami lak jenis yang suka makan.. tapi kena tengok gk resepi apa nak masak. Bila dah dapat kelulusan, baru leh masak..

Okay, enjoy reading and trying... Here is d menu


Bahan-bahan:
2 keping bahagian paha ayam - dipotong kecil2 dan direbus terlebih dahulu (utk dapatkan stok)
1 batang carrot - dipotong panjang
3 batang kacang panjang - dipotong kecil
3 sudu besar bawang blender
2 sudu besar cili boh
1/2 inci halia - diketuk
2 sudu besar sos tiram
limau purut

Cara-cara:
1. Tumis bawang, cili dan halia
2. Masukkan carrot dan kacang panjang
3. Masukkan ayam
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan stok ayam - ikut suka nak banyak mana
6. Masukkan daun limau purut dan biarkan seketika
7. Hidang