Sunday, January 11, 2009

Kesakitan yang menjadi penawar...

Assalammualaikum

Hari ini, genap empat hari empat malam aku berapa di Ampang Putri. tidak menghadirkan diri selama empat hari bermula dari selasa (060109) ke pejabat, aku membuka lembaran Januari 2009 dengan calitan penderitaan. sejarah 2003 berulang apabila aku - sekali lagi - menempatkan diriku di sebuah bangunan besar seperti penjara yang dinamakan HOSPITAL.

bezanya, tahun 2003 melakar sejarah apabila buat pertama kalinya tanggal 18hb Januari aku memberanikan diri menjadi penghuni Gleneagles Hospital dengan mengambil pakej 3hari 2malam kerana pembedahan apendik. tahun 2009 ini pula, sekali lagi aku berada di hospital kerana slipped disc.

segala2nya bermula pd tahun 2000 apabila aku terjatuh sewaktu mahu ke pasar malam di zaman belajar. baru tahun lepas aku rasa sakit di bahagian pinggang sehingga ke hujung kaki sehingga tidak boleh bergerak.

dek kerana terlalu takutkan hospital, aku hanya menahan kesakitan yang seperti mahu mencabut nyawa ini. minggu lalu, tatkala umat di seluruh dunia menyambut kehadiran tahun baru dengan penuh kegembiraan, aku menahan keperitan dan kesakitan di tulang belakang.

di atas desakan rakan sekerja, aku terpaksa memaksa diriku untuk ke Ampang Putri pada 060109 mengambil imbasan x-ray. segala2nya hanyalah untuk memuaskan hati semua pihak dan membuktikan bahawa sakit aku ini tidaklah serius seperti yang digembar-gemburkan.

ternyata telahan aku meleset apabila x-ray membuktikan ada 'kerosakan' di bahagian tulang punggungku. rasa nak menangis pun ada bila Medical Officer cakap yang aku terpaksa buat appointment dengan pakar orthopedic sebab keadaan tulang belakang aku agak serius. aduh!! nak terjelepok aku dibuatnya!

petang tu aku balik dengan perasaan kosong. bimbang dengan appointment esoknya 070109 dan keliru dengan keputusan yang telah dan akan aku ambil, membuatkan aku jadi tak keruan. malamnya tidurku tak lena. pertama kerana kesakitan dan kedua kerana takut!

070109 - appointment yang sepatutnya pukul 10 menjadi ke pukul 11.30 kerana aku orang yang kelima dan doktor pula terpaksa masuk OT sebab ada emergency surgery. bila tiba giliran aku masuk ke bilik doktor, aku dah menggigil sebab takut. dah lah muka doktor tu garang, aku pula sakit, macam2 hal bermain di kepala aku!

bincang punya bincang, periksa punya periksa, doktor cakap aku kena buat MRI scan dan physiotherapy. bermakna, aku kena masuk hospital! aku terima berita tu dengan hati yang terbuka sebab sejak aku melangkah masuk ke klinik pakar tu, aku dah agak yang aku mesti kena admitted.

aku tak masuk hospital hari yang sama sebab tak ada katil kosong. jadi, hari tu aku balik ke rumah. 080109, pihak Ampang Putri telefon beritahu aku dah boleh masuk hospital. siap-siap, dalam pukul 10 pagi abah dan mak hantar aku ke hospital.

masuk saja ward, abah dan mak balik, aku terus pergi physiotherapy. hampir sejam kat sana, aku balik ke bilik. datang lagi sorang nurse bawak aku pergi buat MRI scan. setengah jam di dalam "terowong maut" - bak kata sesetengah orang - menginsafkan aku. betullah orang cakap, bila kita disorong masuk ke dalam terowong putih sempit tu, kita akan dapat rasa seolah-olah memasuki liang lahad. sempit, sunyi, menakutkan... segala-galanya bercampur baur di dalam hati aku.

dan di sini lah aku berada. sakit yang masih bersisa, dan keputusan MRI yang sememangnya tidak memuaskan, entah bila aku akan keluar. kata doktor, kecederaan aku agak serius. Washer (tulang rawan) yang berada di antara dua tulang di punggung aku sudah terkeluar dari landasan yang sepatutnya ia berada. apabila kedudukan dah tak betul, bila aku bergerak terlalu kuat dan mengangkat barang2 berat, washer tu akan menghimpit saraf yang berhampiran. dan, berat badan yang berlebihan juga menjadi salah satu faktor yang memburukkan lagi keadaan aku.

insyaALLAH, kalau semuanya semakin elok esok, aku akan keluar dari ward 515, Ampang Putri ni dan berehat di rumah. thanks for all the prayers from my colleagues, my beloved families and friends....

kadang kala, kesakitan juga boleh menjadi penawar. penawar kepada hati yang merasakan tiada sesiapa di dunia ini yang menyayangi kita, tetapi apabila kita berada di dalam kesakitan dan penderitaan, rupa2nya ada tangan yang menghulur bantuan dan ada hati yang turut sama menangis.

kesakitan adalah satu pilihan. sama ada kita menerimanya secara positif atau negatif. dalam dunia ini, tiada apa yang boleh kita banggakan selain dari mempunyai orang-orang di sekeliling kita yang sanggup mengharungi susah dan senang bersama.

bersyukurlah, andai satu hari nanti, apabila kita merasakan diri kita berada di dalam kesakitan, namun kita masih mampu lagi tersenyum kerana ada bahu yang sudi menggalas tangisan kita...

dari Ward 515, Ampang Putri
Nashya Ariff

No comments: