Thursday, October 16, 2008

Hujan

Assalammualaikum...

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang

Dan bayu berpuput lembut...


Musim tengkujuh bertandang kembali. Sekarang ni, di mana-mana pun hujan setiap hari. Tak kira masa, tak kira hari, tak kira cuaca. Kadang-kadang aku pelik dengan cuaca di zaman ini. Tengah-tengah panas, tiba-tiba ada titis-titis rahmat dari langit jatuh membasahkan bumi.

Paling sadis, setiap hari apabila pulang ke rumah aku akan dapat lihat mamat-mamat motosikal terkandas di tepi-tepi jalan, di bawah jambatan dan terowong untuk mengelak dari hujan yang maha hebat lebatnya. Kasihan mereka... ada yang basah lencun, ada yang baru terkena tempias... tak kurang juga yang siap memerah baju kerana terlupa bawa baju hujan!

Di kala ini, aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku berada di dalam kereta walau pun kadang-kala abah membebel tak nampak jalan.

Betapa hidup ini ada kalanya beruntung dan ada kalanya tak beruntung. Lumrah hidup....

Ibarat bumi...
Kadang kala basah ditimpa hujan
Kadang kala kontang dihimpit kemarau
Kadang kala teduh dipayung awan kelabu
Kadang kala terik dipancar mentari

Ibarat nasib...
Ada ketikanya dipandang mulia
Ada ketikanya dicemuh dihina
Ada ketikanya tidak dihargai
Ada ketikanya disanjung tinggi

Ibarat cinta...
Seringkali membibit rindu
Seringkali bertamu cemburu
Seringkali menjemput gembira
Seringkali dikunjung derita

dan... Ibarat hujan...
Sejuk
Menyejukkan



No comments: