Showing posts with label Masak Halia. Show all posts
Showing posts with label Masak Halia. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Menu - Daging Masak Halia

Assalammualaikum...
wah... aku rasa lagi setahun aku dah boleh bukukan segala resepi yang aku dah masak setakat ni.. huhuhuh... sejak En Suami duduk bersama di KL ni, tetiap ari aku akan tukar2 menu dan hujung minggu sure akan try resepi dessert baru dan yang selalu aku wat.

Ini dia resepi daging masak halia yang aku baru je buat semalam...


Bahan-bahan:
1/2 kg daging - direbus utk dapatkan stok
1 buku bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 bj cili merah - dihiris mayang
3 inci halia - dihiris mayang
Lada hitam - ditumbuk halus @ beli yg dh siap tumbuk tu
Garam

Cara-cara:
1. Rebus daging sehingga empuk. Toskan dan biarkan air stok dalam periuk
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit air stok rebusan daging untuk dapatkan sedikit kuah sementara menunggu hidangan masak.
4. Tambahkan lada hitam - ikut suka nk byk mana. 
Nota : Jgn byk sgt sbb nti berbahang badan. Leh kena cirit birit lak nti...
5. Kacau sehingga agak kering dan hidang.

Tips :
Halia tu selain dari dihiris mayang boleh juga diketuk sehingga pecah sahaja. Ada orang tak berapa suka kalau tergigit halia (aku la tu...) tp klu rasa nak lebih mesra, elok tumbuk @ kisar sekali halia dgn bawang2.


Sunday, March 6, 2011

Menu - Siakap Kukus Halia

Assalammualaikum...
Antara masakan yang aku suka masak... ikan siakap kukus halia... sesuai utk diet... tp kalau ngan aku, bkn ikan ni je lauk sekali makan... so, xde makna la klu sebut pasal diet... dipersilakan kalau ada sesiapa yang nak mencuba... masakan org tak reti masak. benda simple-simple buleh la...





Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar
2 biji bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] dipotong mayang
1 cili merah ]
2 inci halia ]
3 sudu besar sos ikan kukus
1/2 cawan air - jgn byk sgt sbb nti minyak dari ikan keluar, kuah akn jd lg byk...
Daun sup

Cara-cara
1. Basuh ikan siakap bersih-bersih. Masukkan dalam loyang.
2. Bawang merah, bawang putih, cili dan halia yang telah dipotong ditabur ke atas ikan siakap.
3. Curahkan sos ikan kukus dan taburkan daun sup yang telah diricik halus.
4. Masukkan air.
5. Pengukus berisi air dipanaskan selama 10 minit sebelum ikan dimasukkan ke dalam pengukus.
6. Kukus ikan selama 15min atau sehingga ikan masak.
7. Hidangkan.